SURAT | Dah Tiba Masanya Untuk Bubar Parlimen – Bah 2

0
558
Parliament should close floodgates opened with the jailing of Najib
Parliament should close floodgates opened with the jailing of Najib

Laungan “Bubar Parlimen” berkumandang di udara sebaik sahaja perdana menteri Ismail Sabri tiba di BN Command Centre di Johor Baru. Kebetulan BN telah memenangi kerusi DUN yang mencukupi untuk menubuhkan Kerajaan Negeri Johor

Oleh Kamarudin Ahmad, Peguam dan Aktivis Masyarakat
Persoalannya mengapa penyokong BN mahukan Parlimen dibubar segera?
Perkara perkara berikut menjadi punca mengapa Parlimen perlu dibubar segera :

1.Pembangkang telah mendesak PM supaya adakan Confidence and Supply Agreement (CSA 2.0) dengan tujuan PM takkan bubar Parlimen kerana sokongan kuat dari Pembangkang. BN bimbang jika ditangguh PRU 15 ketahun depan, ini akan beri masa kepada Pembangkang memantapkan kedudukan mereka yang kini berpecah dan lemah.

2.Kerajaan Persekutuan yang sedia ada sebenarnya ialah kesinambungan Kerajaan pilihan Muhyiddin. Kebanyakan Menteri Kanan datangnya dari BERSATU, PAS dan bekas pemimpin pemimpin PKR. Dan parti parti ini telah berlawan dengan UMNO/BN pada PRN Johor dan PRN Melaka tempoh hari. Hanya melalui PRU 15 dapat BN menubuhkan sebuah Kerajaan Persekutuan yang bersepadu dan kuat.

3. Muhyiddin masih memegang jawatan Pengerusi MAJLIS PEMULIHAN NEGARA (MPN). Sepatutnya beliau melepaskan jawatan ini kerana PN telah kalah teruk di PRN Johor. Amat jelas PN hilang keyakinan pengundi Johor. Dan sebelum ini PN hilang keyakinan pengundi Melaka. Justeru menjadi satu beban untuk BN terus bersama PN dalam Kerajaan Keluarga Malaysia Ismail Sabri.

4. Kerajaan Persekutuan Ismail Sabri tidak berikan layanan kepada cadangan baik untuk kebajikan rakyat. Sebagai contoh, cadangan I-Citra 10K One-off dari Najib tidak dilayan. Ketua Pembangkang turut menyokong cadangan yang Najib buat. Jika sikap PM Ismail Sabri berterusan seperti ini, BN akan turut menjadi sasaran kemarahan rakyat.

5. Menteri Menteri Kabinet sedia ada gagal berfungsi. Tiada pelaburan baru dibawa masuk oleh Menteri Ekonomi. Pelabur asing mula meninggalkan Malaysia. Menteri Ekonomi gagal sediakan rangsangan untuk menarik pelabur asing. Menteri Kewangan tiada cadangan atau tindakan untuk menambahkan pendapatan negara.

Dilema PM

6. Dilema PM. Kerana majoriti yang tipis, Ismail Sabri tak berani ambil tindakan untuk gugurkan Menteri yang tak berfungsi. Sekiranya empat Ahli Parlimen menarik sokongan, maka tumbang Kerajaan Persekutuan sedia ada. Perkara ini turut menyumbang kepada keadaan politik yang tak stabil.

7. BN perlu wujudkan sebuah Kerajaan Persekutuan yang mantap. Bagi tujuan ini anggota kabinet perlu datangnya dari parti parti komponen BN. Sangat sukar untuk mentadbir sebuah kerajaan di mana anggota kabinet terdiri daripada parti parti lawan seperti BERSATU,PAS.

Inilah kemelut politik yang hanya boleh diatasi dengan mempercepatkan PRU 15, kerana itulah Ismail Sabri perlu mengadap Baginda Agung untuk Bubar Parlimen. – New Malaysia Herald

Kamarudin Ahmad
Peguam, Aktivis Masyarakat

Kamarudin Ahmad adalah pembaca New Malaysia Herald. Perkara yang dinyatakan dalam artikel ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak mencerminkan pendirian New Malaysia Herald.

Facebook Comments