SURAT | Dah Tiba Masanya Untuk Bubar Parlimen Demi Kepentingan Rakyat

0
510
Malaysian Parliament

Oleh Kamarudin Ahmad, Peguam dan Aktivis Masyarakat

Kerajaan Persekutuan yang sedia ada bukan sahaja nampak lemah namun tidak melambangkan kerjasama antara parti2 politik. Laungan Bubar! dah berkumandang

Tahniah kepada pengundi Johor yang telah memilih Barisan Nasional (BN). Keputusan bijak untuk memacu pembangunan negeri Johor yang teruk terjejas sepanjang Pakatan Harapan (PH) mentadbir Kerajaan Persekutuan. Track Rekod BN dibawah pimpinan Datuk Seri Najib sebagai PM menjadi bukti kemampuan BN untuk memajukan ekonomi negeri Johor.

Keyakinan Rakyat telah kembali kepada BN. Rakyat telah sedar dan insaf atas kegagalan Kerajaan PH untuk mentadbir Negara. Kini Rakyat kembali kepada BN.

Inilah masanya untuk perubahan dilakukan diperingkat kebangsaan. Sebuah Kerajaan Persekutuan yang kukuh perlu diwujudkan. Bagi tujuan ini, PRU 15 perlu dipercepatkan. Parlimen perlu dibubarkan selepas bulan Julai. Serahkan mandat kepada Rakyat untuk memilih Kerajaan Persekutuan.

Kerajaan Persekutuan yang sedia ada bukan sahaja nampak lemah, namun tidak melambangkan kerjasama antara parti parti politik. Anehnya Menteri Menteri Kabinet datangnya dari parti parti yang berlawan di PRN Johor pada 12 Mac lalu.

Walaupun gambar ini adalah pada masa PRN Melaka tahun lepas, ia juga melambangkan parti2 yang bertanding di PRN Johor juga.

BN lawan PN, sedangkan BN adalah anggota dalam gabungan Kerajaan PN. Keadaan seperti ini tidak sihat. Rakyat nak melihat sebuah Kerajaan Persekutuan yang kuat dan berani mengambil keputusan keputusan demi kebaikkan Negara.

Kita Serahkan Kepada Rakyat

Malangnya buat masa ini, Perdana Menteri seperti terikat dengan sayarat syarat yang dikenakan oleh Parti BERSATU. Perdana Menteri seolah olah terpaksa merujuk kepada Parti BERSATU berkaitan isu isu tertentu.

Walaupun Perdana Menteri datangnya dari UMNO/BN, namun beliau maseh terikat dengan syarat syarat parti BERSATU. Inilah punca kemelut Kerajaan PN yang perlu diatasi dengan PRU 15.

Kita serahkan kepada Rakyat untuk menentukan Kerajaan baru diperingkat Persekutuan.

Kerajaan yang dilahirkan melalui LANGKAH SHERATON tidak boleh dibiarkan berpanjangan. Akhirnya pemimpin politik perlu akur kepada kuasa Rakyat.

Inilah masanya untuk bubarkan Parlimen bagi menghormati MANDAT RAKYAT. – New Malaysia Herald

Kamarudin Ahmad
Peguam, Aktivis Masyarakat

Kamarudin Ahmad adalah pembaca New Malaysia Herald. Perkara yang dinyatakan dalam artikel ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak mencerminkan pendirian New Malaysia Herald.

Facebook Comments