TERKINI | BN Tumpaskan PN, PH Di Johor, Membentuk Kerajaan Negeri

0
1051
PRN Negeri Johor 2022

JOHOR BARU – Setakat 11.21 malam ini, Barisan Nasional (BN) telah memperolehi 29 kerusi daripada 56 kerusi untuk membentuk Kerajaan di negeri Johor, seperti diumumkan oleh Suruhanjaya Pemilihanraya (SPR). Namun secara bukan rasmi, BN telah memperolehi majoriti 2/3 dengan 40 kerusi.

Sementara itu, Penasihat Barisan Nasional, bekas perdana menteri Najib Razak, apabila dihubungi New Malaysia Herald tadi, mengucapkan terima kasih kepada pengundi pengundi kerana memilih BN yang boleh mengembalikan Johor ke landasan pembangunan dan membela kesejahteraan rakyat.

Najib Razak mengucapkan tahniah kepada bakal Menteri Besar Johor, Hasni Mohamad di Command Centre BN di Pagoh. – Foto FB Najib Razak.

Pilihanraya ini adalah bersejarah kerana ia diadakan untuk kali pertama dalam negara selepas Undi-18 (menurun umur pengundi dari 21 ke 18) diluluskan di Parlimen. Terdapat lebih dari 700,000 pengundi dalam kategori ini.

Dewan Undangan Negeri Johor telah dibubarkan atas pekenan DYMM Sultan Ibrahim Sultan Iskandar selaras dengan Klausa 23 Bahagian Kedua Perlembagaan Negeri Johor 1895.

Pilihanraya Negeri Johor sepatutnya diadakan pada tahun hadapan bersamaan dengan Pilihanraya Umum ke15, tetapi dibuat lebih awal selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri pada 22 Jan apabila kerajaan negeri memperolehi hanya satu kerusi majoriti selepas ahli DUN Kempas, Osman Sapian, 70, meninggal dunia akibat mengalami strok pada 21 Dis tahun lepas.

Pilihan raya kali ini menyaksikan seramai 2,599,797 juta pengundi aktif daripada keseluruhan kira-kira 3.52 juta penduduk negeri ini. Namun demikian, setakat jam 5 petang, hanya 50% pengundi turun mengundi. – New Malaysia Herald

Facebook Comments