Pernyataan Fadzlette Diterima, Teras Pembelaan Kes Zahid

Hakim putuskan sebahagian besar pernyataan Fadzlette penting di dalam proses pembelaan kes Zahid

Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan sebahagian besar pernyataan bertulis Mejar Jeneral (B) Fadzlette Othman Merican Idris Merican diterima dalam perbicaraan kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi dihadapi Ahmad Zahid Hamidi.

Hakim Collin Lawrence Sequerah bagaimanapun memutuskan ayat terakhir perenggan 17, keseluruhan perenggan 18 dan ayat terakhir perenggan 22 dalam pernyataan bertulis saksi (Fadzlette) yang dikatakan menyentuh mengenai isu kredibiliti bekas Setiausaha Eksekutif Ahmad Zahid, iaitu Mejar Mazlina Mazlan @ Ramly, dipadamkan daripada dokumen berkenaan.

Pernyataan saksi Fadzlette yang juga bekas setiausaha akhbar dan saksi pembelaan kedua bagi pihak Ahmad Zahid keseluruhannya mengandungi 34 perenggan. Beliau kini memegang jawatan sebagai Pengarah Media Presiden UMNO.

Teras Kes Pembelaan Zahid

Sequerah dalam keputusannya berkata, selain daripada tiga perenggan yang dipadamkan itu, beliau mendapati perenggan lain adalah berkaitan fakta secara langsung kepada isu yang membentuk teras kes pembelaan Ahmad Zahid.

Menurut hakim itu, oleh yang demikian sebahagian besar perenggan yang terkandung dalam pernyataan saksi Fadzlette bukan perkara sampingan mengikut Seksyen 153 Akta Keterangan, 1950.

Sequerah berkata demikian selepas menolak bantahan pendakwaan terhadap pernyataan saksi pembelaan kedua itu dan memohon supaya perenggan 16 hingga 30 dipadamkan dengan alasan tidak relevan kepada kes serta hanya isu sampingan.

Ahmad Zahid membela diri terhadap 47 pertuduhan, iaitu 12 kes pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

Bagi pertuduhan pecah amanah Ahmad Zahid didakwa menggunakan dana itu untuk membuat enam pembayaran bagi penggunaan kad kredit peribadi dan polisi insurans serta lesen kenderaan peribadinya, pemindahan wang kepada firma guaman dan sumbangan kepada Persatuan Bola Sepak Polis Diraja Malaysia. – NMH

Facebook Comments

Subscribe

Related articles

Giorgia Meloni Expected To Be Prime Minister As Italians Vote

ROME - On Sunday, Italians voted in an election that is expected to return the country's most right-wing government since World War II and pave the way for Giorgia Meloni to become the country's first female prime minister. When the most recent opinion polls were...

QE II Pledged Monarchy Would ‘Go Quietly’ If Time Comes

The passage of Queen Elizabeth II at 96 years, after reigning like forever but for 70 years, was like a bolt from the blue for the English Monarchy.

VLN Trial: Zahid Hamidi Freed Of All 40 Charges

The Shah Alam High Court ruled that the prosecution...

Anti-Hijab Protests In Iran Reach Boiling Point After Death Of Tehran Woman

TEHRAN - On Thursday, Iran's strong Revolutionary Guards urged...
spot_imgspot_img
%d bloggers like this: