Mahathir, Dah Boleh Tidur Nyenyak Ke Sekarang?

Kini tercapai sudah hasrat Mahathir supaya Najib dilabelkan sebagai banduan. Sepatutnya sekarang ini beliau sudah boleh tidur nyenyak kan? Tapi saya fikir tak mungkin, kerana sifat syaitan tidak boleh diubah dalam sekelip mata – beliau tidak akan pernah puas!

Mereka yang berada di dalam lingkungan umur saya membesar semasa era Mahathir. Kami agak kagum dengan kemajuan yang tercipta ketika beliau memegang jawatan Perdana Menteri – melihat Malaysia berubah daripada sebuah negara kurang dikenali menjadi negara moden yang gemilang.

Setelah sekian lama barulah kami tahu tentang kerakusannya – memberi kekayaan kepada kroni melalui penganugerahan pelbagai projek, bailout, keretakan dan kerosakan yang ditemui pada projek akibat pembinaan yang tidak kukuh. Faham-faham sahajalah, ini adalah perkara biasa yang berlaku kerana projek diberi berdasarkan “rundingan terus”.

Lagi satu, saya tidak pernah menonton mana-mana filem, siri televisyen atau liputan berita di seluruh dunia tentang perlunya menyeret tilam bersaiz king ke dalam kamar mahkamah sebagai bukti. Eh! Saiz king atau queen ya? Tak kisahlah saiz apa, yang penting kita tertanya: Perlukah berbuat begitu?

Terfikir juga di benak fikiran, di negara lain, walaupun di dunia ketiga atau negara miskin sekali pun, pakar forensik hanya perlu mendapatkan sampel bahagian tilam yang kononnya mengandungi air mani. Saya teringat kata-kata bapa mentua saya, tentang insiden tersebut: Apa kejadahnya nak kena bawak tilam gedebab tu ke mahkamah?

Setelah merasai hidup di banyak negara dan kembali ke Malaysia sejak 2018, selepas kerajaan Pakatan Harapan mengambil alih, baru kita tahu, Mahathir bukan sahaja mahir di dalam manipulasi dan penipuan, beliau adalah Raja Persepsi. Beliau mempunyai orang suruhan di semua tempat yang tepat, di dalam dan di seluruh dunia – baik dalam sektor kerajaan dan swasta – juga di mahkamah dan badan kehakiman, melakukan kerja kotor untuknya.

Begitu Liciknya Mahathir

Menganjak ke hadapan iaitu, selepas lebih 30 tahun dan lima orang Perdana Menteri termasuk beliau sekali lagi untuk masa yang singkat sebab Kabinet gagal teruk, rupanya Mahathir masih belum memaparkan persembahan “terbaik”nya.

Kali ini, tidak ada tilam gergasi dan tiada pemeriksaan dubur untuk air mani. Apa yang berlaku kali ini adalah banyak permainan persepsi, air mata palsu, manipulasi antarabangsa yang paling hebat melalui projek 1MDB dan SRC sehingga beliau sanggup tidur sekatil bersama musuh ketatnya sejak berzaman, hanya supaya dia boleh menggunakan jerat mereka untuk menumpaskan Perdana Menteri Malaysia terbaik yang pernah dianugerahkan kepada kita.

Jejak dokumen dan wang yang berkaitan dengan 1MDB, SRC, Tanore, Abrar, KWAP, Goldman Sachs, Jho Low dan banyak lagi yang terlalu rumit dan berbelit-belit sehinggakan ahli akademik, pakar undang-undang dan DOJ sendiri menghadapi masalah untuk menghuraikan aliran wang. Begitu juga pembukaan dan pemindahan akaun. Ditambah pula dengan derma Raja Arab, sumbangan kepada parti politik dan aktiviti CSR, seluruh rangkaian penipuan yang diputar belitkan oleh Mahathir, Daim dan kroninya yang lain, betapa rumitnya jalan cerita, 50 kali ganda lebih rumit dari Lord of the Rings.

Jadi perkara paling mudah ialah dengan menuding jari kepada PM yang sedang berkhidmat ketika itu, Najib Razak, yang kebetulan berada di dalam senarai orang yang dikehendaki AS kerana berkawan baik dengan China dan melonjakkan status Malaysia ke tahap yang membanggakan berbanding negara lain yang ketinggalan di belakang.

Oops! Maafkan kesilapan saya.. Beliau tidak hanya menggunakan rangkaian PH untuk menyebarkan pembohongan, putar belit, fitnah dan maklumat yang salah – beliau menyuruh kroninya mengambil alih pegangan saham di dalam pelbagai organisasi media di negara ini.

Sebenarnya, keadaan ini berleluasa semasa Mahathir menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, tetapi akibat berganti Perdana Menteri, selepas zaman Mahathir, beberapa organisasi media ini mengalami pertukaran pegangan saham. Tetapi bagi mencapai kehendaknya, apabila beliau mengambil alih tampuk pemerintahan negara sekali lagi pada 2018, menjadi Perdana Menteri untuk kali kedua, berpimpin tangan dengan mereka yang dahulunya musuh ketat beliau, mengarahkan kroninya membeli semula beberapa pegangan saham organisasi media. 

Seterusnya, sekarang kita tahu dia bukan sahaja terlibat di dalam hampir semua media, beliau juga melibatkan dirinya dengan badan kehakiman. Ya, beliau memerintah dengan cara kuku besi. Walaupun tidak lagi berkuasa, beliau tetap mempunyai rangkaian boneka yang beliau boleh pergunakan dan jejak mereka dilindungi.

Walau bagaimanapun, walaupun terdapat bukti nyata yang menunjukkan sebaliknya, seperti Hakim Nazlan yang terlibat dalam cadangan penubuhan SRC semasa berada di Jabatan Perundangan Maybank dan selepas itu menjadi hakim untuk menjatuhkan hukuman ke atas Najib, tiada sesiapa pun dibenarkan menyentuh Nazlan. Lihat pendedahan mengenai ini oleh Raja Petra Kamaruddin.

Kemudiannya, ada bekas Ketua Bank Negara, Zeti Aziz yang suami dan anak lelakinya telah menerima dana dalam akaun bank mereka di Singapura daripada Jho Low, orang yang paling bertanggungjawab melesapkan dana 1MDB melalui pelbagai rangkaian antarabangsa. Terdapat fail-fail dan laporan polis, juga laporan dari Interpol dan bank-bank di Singapura yang menunjukkan penglibatan ketiga-tiga mereka. Malangnya, semua ini tidak boleh dikemukakan sebagai bukti, seperti bukti kesalahan Nazlan.

Hanya Najib Yang Daniayai, Yang Lain Bebas Bergembira

Untuk memudahkan pembaca, izinkan saya menyenaraikan watak-watak penting kes SRC dalam kaedah yang paling mudah:

Dalang: Jho LowTidak didakwa, tidak dapat dikesan dan TIDAK memberi keterangan.

Orang yang memalsukan tandatangan pindahan wang ke 20 akaun bank : Individu tidak diketahui. Tidak didakwa, tidak dapat dikesan dan TIDAK memberi keterangan.

Orang yang menguruskan akaun Najib: Nik Faizal. Tidak dikenakan tuduhan, tidak dapat dikesan dan TIDAK memberi keterangan.

Orang yang didakwa mengarahkan wang daripada Ihsan Perdana (tentunya daripada SRC) untuk dimasukkan ke dalam akaun Najib: Datuk Azlin. Meninggal dunia, TIDAK memberi keterangan.

Orang yang mengesyor dan membentangkan kertas kerja di dalam kabinet untuk diberikan surat jaminan kerajaan RM4b: Nor Mohd Yaacob tetapi dikatakan sebenarnya dibayar RM85 juta oleh Jho Low. Tidak didakwa, disenaraikan sebagai saksi pendakwaan tetapi ditarik balik dan TIDAK memberi keterangan. Bukti tidak dibenarkan untuk dibentangkan di mahkamah.

Orang yang mengesyorkan Najib membuka akaun dengan namanya sendiri dan memantau akaun Najib untuk transaksi yang mencurigakan tetapi rupanya keluarganya mengambil hampir RM700 juta daripada Jho Low: Tidak didakwa, disenaraikan sebagai saksi pendakwaan tetapi ditarik balik dan TIDAK memberi keterangan. Bukti tidak dibenarkan untuk dibentangkan di mahkamah.

Peguam yang menyediakan perjanjian dan dibayar wang oleh Jho Low: Tidak didakwa, tidak dapat dikesan dan TIDAK memberi keterangan.

Seluruh lembaga pengarah dan semua pengurusan SRC yang meluluskan pembayaran kepada Ihsan Perdana: Tidak didakwa, TIDAK memberi keterangan.

Jurubank yang melanggar kod perbankan dengan berurusan dengan kakitangan yang tidak sah serta tidak menghantar penyata akaun kepada Najib: Beri keterangan tetapi tidak didakwa.

Kerana Mahathir, Semua Yang Terlibat Dilepaskan, Hanya Najib Kena Jalan Hukuman Penjara.
Kerana Mahathir semua yang terlibat dilepaskan hanya Najib kena jalan hukuman penjara

Begitu banyak bukti dalam perbicaraan ini (dari pendakwaan) merupakan sekadar “khabar angin” dan tidak boleh disahkan.

Rangkaian bukti pendakwaan sudah lama terganggu. Tetapi hairannya, perbicaraan boleh diteruskan dan diadili oleh hakim yang masih baru yang tiada langsung pengalaman dalam mahkamah jenayah.

Pada pengakhiran cerita, orang yang terpaksa membayar harga yang tinggi hanya kerana menjadi Perdana Menteri, telah diikat tangan dan kakinya, mulutnya nyata ditutup dan dia tidak diberi peluang, hanya untuk lanjutan satu atau dua bulan sahaja. untuk pasukan undang-undang baharunya menyediakan dokumen untuk proses empat tahun sebelumnya dan Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat tidak dapat menunggu SATU hari sahaja lagi untuk meluluskan Hukuman itu dan dengan sewenang-wenangnya mememenjarakan Najib dengan serta-merta.

Jadi, Mahathir, Izinkan Saya Bertanya:

Najib kini benar-benar bebas, walaupun dia berada di sebalik jeriji besi. Beliau tidak perlu risau menjawab segala fitnah dan pembohongan terhadapnya. Beliau tidak perlu risau tentang temujanji dan siapa yang perlu dibantunya, walaupun selama empat tahun tidak menjadi Perdana Menteri, beliau menjadi penyelamat ramai rakyat Malaysia, terutama mereka di dalam kategori B40.

Beliau kini boleh duduk dan menulis memoirnya tentang bagaimana beliau memulihkan negara selepas kemusnahan yang kamu lakukan selama 22 tahun memerintah dan telah menjarah negara melalui semua kroni dan anak-anak kamu yang menjadi jutawan dan bilionair dalam sekelip mata.

Beliau kini boleh mendekatkan diri kepada Allah dan berbicara siang dan malam dengan-NYA. Beliau boleh melakukan lebih banyak ibadat selain dari solat lima waktu seharian.

Bagaimana Dengan Kamu?

Gambar kredit <a href=httpswwwfacebookcomawtarsidhu1366 target= blank rel=noopener title=Awtar Singh Balwant Singh >Awtar Singh Balwant Singh <a>

Kamu masih lagi mencari jalan membuat perjanjian dengan musuh kamu, cuba mendapatkan semula kuasa pada PRU15, cuba menyatukan blok pembangkang yang retak, yang mungkin parti kamu bukan lagi sebahagian daripada barisan mereka kerana mereka ingat apa yang kamu lakukan dua tahun lalu apabila kamu mengheret mereka kepada kejatuhan kerana kamu tewas ketika itu. Kamu masih memikirkan cara untuk mendapatkan jawatan Perdana Menteri untuk anak kamu, yang tidak mempunyai pencapaian yang membanggakan, yang sebenarnya tidak layak pun untuk menjadi seorang Guru Besar Sekolah, apatah lagi seorang Perdana Menteri.

Sudah tentu kamu masih cuba mengerah askar suruhan kamu menghalang sebarang kemungkinan pengampunan daripada Yang di Pertuan Agong, untuk Najib.

Ya, di sebalik semua kekayaan kamu yang diperoleh secara haram dan berpesta dengan rakan dan kroni, golongan bilionair kaya raya, golongan paling terkesan apabila Najib menjadi PM selama sembilan tahun  kerana Najib tidak pernah bersusah payah memberikan lebih banyak projek kepada mereka dan tidak mengorbankan wang rakyat untuk mereka, kamu sebenarnya tetap merasa tidak aman.

Sepatutnya, pada usia 97 tahun, kamu tidak lagi dibelenggu dengan perasaan tidak tenteram. Hanya masa yang akan menentukan apa yang akan berlaku dalam masa terdekat ini, kerana apabila Najib dapat membuktikan ketidakadilan yang dilemparkan kepadanya, kehidupan yang kamu kecapi, atau apa sahaja yang berlaku di penghujung hayat kamu, tidak akan aman lagi. Ingatlah kata-kata ini. – NMH

Mengenai penulis: Carole Raymond Abdullah adalah seorang penulis bebas yang selama ini menetap di Hongkong dan negara lain. Sekembalinya ke tanahair, beliau agak terkejut apabila terpaksa berhadapan dengan banyak peristiwa di luar jangkaan yang berlaku kebelakangan ini.

Pendapat dalam penulisan ini, yang diterjemahkan dari tulisan penulis tersebut dalam Bahasa Inggeris adalah bersifat peribadi dan ia tidak semestinya mencerminkan pendapat New Malaysia Herald.

Facebook Comments

Latest articles

Related articles