Tiada Mesyuarat Khas Parlimen Bincang Ahli Lompat Parti

Kos mengendali mesyuarat, walaupun di Parlimen, boleh diguna untuk membantu kelangsungan hidup rakyat – Wan Junaidi

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob hari ini memutuskan tiada keperluan untuk Kerajaan mengadakan Mesyuarat Khas Parlimen bagi membentang dan membahaskan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 berkaitan peruntukan larangan ahli Dewan Rakyat bertukar parti.

Ini dinyatakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar di dalam satu kenyataan media.

Sebaliknya, Wan Junaidi berkata ia akan dibahas dan dibentangkan di dalam Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Keempat Belas 2022 bermula 18 Julai sebagaimana takwim sidang Dewan Rakyat dan Dewan Negara, sebelum disembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong untuk pewarkahan dan pewartaan Rang Undang-Undang tersebut.

Menurut beliau, beberapa faktor telah dipertimbangkan semasa sesi perbincangan bersama Ismail Sabri, antaranya penjimatan kewangan Kerajaan dalam melaksanakan Mesyuarat Khas Parlimen bagi kedua-dua Dewan dijangka boleh digunakan untuk perkara-perkara lain seperti membantu kelangsungan rakyat.

“Pada keseluruhannya jumlah kos yang perlu ditanggung oleh Kerajaan adalah kira-kira RM1,077,600, tidak termasuk kos operasi jika Mesyuarat Khas Dewan Rakyat dan Dewan Negara diadakan”.

Lawatan Luar Negara Oleh Ahli Parlimen

Selain itu, ramai ahli Parlimen kini di dalam lawatan ke luar negara sehingga pertengahan Julai  bagi mengikuti program-program anjuran Parlimen yang tidak boleh ditangguhkan kerana ia melibatkan lain-lain pihak berkepentingan.

Sebagai contoh, terdapat dua Jawatankuasa Pilihan Khas yang akan ke luar negara pada awal bulan Julai sehingga pertengahan bulan aitu Jawatankuasa Pilihan Khas Kewangan dan Ekonomi serta Jawatankuasa Pilihan Khas Keselamatan.

“Pembentangan RUU ini mengikut takwim Sidang Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang akan datang ini akan memberi masa yang mencukupi untuk RUU tersebut diteliti oleh Ahli Parlimen sebelum ia dibahas.

“Perkara ini tidak dapat dilaksanakan jika Mesyuarat Khas diadakan.

“Jawatankuasa Pilihan Khas menimbang Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 akan mengadakan Mesyuarat yang terakhir dalam masa yang terdekat untuk mengesahkan Penyata yang telah disediakan,” tambah beliau.

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob (kiri) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Facebook Comments

Subscribe

Related articles

Suspect In 04 July Mass Shooting Charged With 7 Counts Of Murder

First degree murder charge would followed by dozens more...

UK’s Boris Johnson On The Brink As Ministers Quit

Ministers resign citing the British PM was unfit to...

Former MIC Deputy Chief S. Subramaniam Dies

The former MIC veteran suffered a stroke in 2011...

Siapa Dia Di Belakang Kejayaan Nur Sajat Di Australia?

Beberapa kali mendapat top sales ketika bersama Harvey Norman...

Ex AG: Najib Should Be Fighting From Behind Bars

Former Attorney General Tommy Thomas can't question Najib Razak’s...
spot_imgspot_img
%d bloggers like this: