SURAT | Mengapa Debat Najib-Anwar Sangat Dialu Alukan?

0
171
The much-awaited debate between Najib and Anwar is set for May 12. - Photocredit Cilisos

Rakyat tak sabar nak mendengar hujjah dari dua tokoh pemimpin negara, Najib sebagai bekas Perdana Menteri dan Anwar sebagai bakal Perdana Menteri yang dicalonkan PH.

Mengapa perlu ada debat tersebut, yang akan diadakan pada 12 Mei di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Malaya?

Isu Sapura Energy telah hangat dibicarakan melalui media massa. Najib cetuskan cadangan SELAMATKAN SAPURA ENERGY atas pelbagai alasan konkrit terutamanya Sapura Energy pemain utama dalam sektor “Oil & Gas” selepas PETRONAS. Jika dibiarkan Sapura Energy jatuh bankrap puluhan ribu pekerja akan terjejas termasuk kontraktor/vendor yang bergantung kepada Sapura Energy untuk kelangsungan perniagaan mereka.

Dalam pada itu PNB sebagai pemegang saham terbesar akan mengalami kerugian mendadak.Sektor perbankan akan turut terjejas dengan memikul hutang lapuk menghampiri RM 10 Bilion.

Pasaran Saham

Pasaran saham akan turut menerima kesan buruk.

Justeru cadangan Najib perlu dipandang dari aspek menyelamatkan, bukan sahaja Sapura Energy, namun termasuk selamatkan pelaburan PNB, puluhan ribu pekerjaan, sektor perbankan.

Sapura Energy memiliki kontrak bernilai berbilion ringgit. Ia hanya perlukan kemudahan kewangan untuk laksanakan kontrak kontrak yang telah diperolehi. Kerana itu cadangan Najib adalah yang terbaik untuk negara.

Kita dah jangka pun bantahan dari Anwar yang membawa MENTALITI MENENTANG apa jua idea dari Najib. Ini minda “Typical Opposition”. Membantah walaupun idea itu mengandungi unsur unsur baik. Maka tak hairan Anwar akan menonjolkan imej sebagai pembela peniaga peniaga kecil, industri SME. Anwar akan tuduh Kerajaan membazirkan wang negara jika ingin selamatkan Sapura Energy. Isu ini akan terus dipolitikkan mengikut minda pembangkang.

Kononya PH nak membela nasib peniaga peniaga kecil sedangkan sepanjang 22 bulan PH memerintah negara, tiada pula dasar ekonomi yang membela nasib peniaga peniaga kecil.

Malangnya semuanya dimusnahkan PH hanya dalam tempoh 22 bulan mentadbirkan negara. Anwar sebagai pemimpin kanan PH memikul tanggungjawab atas keadaan negara yang bertambah buruk. Pasaran saham merudum, matawang negara meleset, harta negara dijual, hutang negara bertambah, pelabur asing lari ke negara jiran. Anwar harus menjawab mengapa PH gagal mentadbir negara..

Hentikan Politik Vendetta

Masa depan negara akan terus kekal buruk jika parti parti politik meneruskan “POLITICAL VENDETTA” keatas pihak lawan, terlalu fokus nak mengenakan pihak lawan. Contohnya, pendakwaan keatas pemimpin BN sedangkan pemimpin PH dilepaskan begitu sahaja. Parti yang bakal menang PRU 15 perlu fokus kepada usaha MEMBANGUNKAN MASA DEPAN NEGARA. Ketepikan politik balas dendam dan fokus kepada POLITIK PEMBANGUNAN ASAS MASA DEPAN NEGARA. – New Malaysia Herald

Kamarudin Ahmad adalah seorang peguam, aktivis sosial dan kolumnis New Malaysia Herald. Perkara yang dinyatakan dalam artikel ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak mencerminkan pendirian New Malaysia Herald.

Facebook Comments