Shafee: Jho Low Menyeleweng Wang 1MDB Sebelum Najib Buka Akaun AmBank

0
367
Peguam berkata Najib tidak menerima wang daripada bon yang dikeluarkan pada 2009 oleh pendahulu 1MDB iaitu TIA, tapi dah masuk dalam akaun Jho Low - Gambar fail NMH

Tidak ada sebarang hasil bond TIA 2009 yang masuk ke akaun Najib, kata bekas pengarah TIA/1MDB

Kes 1MDB disambung semula kelmarin dengan Ismee Ismail, bekas pengarah TIA dipanggil sebagai saksi. Menyambung sesi minggu lepas, Ismee disoal balas mengenai kelulusan Nota Jangka Sederhana Islam atau Islamic Medium Term Notes (IMTN) oleh Shahrol Azral, CEO TIA pada 25 Mei 2009.

Hujah peguambela bekas perdana menteri Najib Razak dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Mohamed Shafee Abdullah, di mahkamah kelmarin adalah amat menarik kerana beliau berkata bahawa Jho Low sudah lama menyeleweng duit 1MDB, sejak zaman TIA sebelum Najib membuka akaun Ambank.

Ismee, saksi ke-13 kes tersebut, bersetuju dengan hujah Shafee bahawa tak ada sebarang hasil bond TIA 2009 yang masuk ke akaun Najib. Shafee berkata bahawa duit RM5 bilion tu sepatutnya ada dalam akaun 1MDB, tetapi kenapa pengurusan TIA masa tu biarkan duit tu ada dalam akaun Jho Low. Ismee maklumkan bahawa pengurusan 1MDB tidak diberitahu mengenai itu semua.

Persoalannya bukan biasa-biasa transaksi keluar masuk negara duit 1MDB, yang dicuri pada hari yang sama, dengan kerjasama bekas gabenor Bank Negara (BNM), Zeti Akhtar Aziz (Tim Leissner mengaku merasuah Zeti untuk mendapat kelulusan pantas bagi mengelak capital control yang diamalkan oleh BNM). Soalannya, Pengurusan 1MDB tak tahu, tapi Zeti tahu? Ini membuktikan komplot ini wujud dah lama, merompak berbilion duit 1MDB dengan memesongkan ahli lembaga dan kerajaan Malaysia dan nampak sangat tak ada kaitan dengan Najib.

Mengelirukan Lembaga Pengarah

Kelulusan penerbitan bon IMTN berjumlah RM5 bilion ini sebenarnya sudah dititahkan oleh Sultan Terengganu supaya digantung pada 22 Mei 2009, malah Shahrol dan Ismee sudah menandatangani resolusi berkaitan perkara ini.

Tetapi pada 25 Mei, Shahrol telah mengelirukan BOD (Lembaga Pengarah) TIA kononnya tiada apa yang mampu dibuat sebab arahan sudah diberikan kepada AmInvestment Bank Bhd untuk penerbitan bon tersebut. Shahrol mengumpamakan situasi ini kepada BOD TIA seperti “the train has left the station…” Dalam bahasa mudah, Shahrol tetap meluluskan penerbitan bon ini walaupun sudah bersetuju dihadapan Tuanku Sultan Terengganu untuk tidak menerbitkannya sebab dah berurusan dengan AmInvestment.

Shahrol turut mengatakan Najib yang memintanya meneruskan penerbitan bon ini. Benar ke? Faktanya, terdapat surat daripada Setiausaha Sulit Istana Terengganu kepada TIA yang menunjukkan bahawa Najib sendiri bersetuju untuk menggantung penerbitan bon itu. Ismee bersetuju dengan perkara ini setelah ditunjukkan oleh pasukan pembelaan Najib.

Ismee juga bersetuju bahawa sehingga kini, tiada satu pun bukti Najib mendapat manfaat dari penyelewangan bon IMTN oleh Jho Low ini jika beliau yang ingin meneruskan penerbitan bon tersebut. Jadi, kenapa Shahrol mengkhianati perjanjian dengan Tuanku dan luluskan penerbitan bon ini?

Ok, Shahrol pernah memberitahu mahkamah pada 2019 bahawa dia menerima RM70 ribu daripada Jho Low untuk mempercepatkan penerbitan bon RM5 bilion ini. Kata Shahrol, Jho Low yang ketika itu adviser TIA memberinya “aggresive deadline” untuk menerbitkan bon ini. Nampak tak permainan Jho Low dan Shahrol? Lepas tu petik nama Najib Razak. – New Malaysia Herald

Dipetik dari titipan FB RF Lias dan Syed Agil Jamalullail.

Facebook Comments