Mangsa Bencana Sg Kim Kim Menuntut Keadilan

0
190

Keluarga mangsa bencana Sg Kim Kim yakin jika BN kembali berkuasa, tuntutan mereka akan mendapat perhatian sewajarnya.

PRN Negeri Johor 2022

Johor Baru – Mangsa-mangsa bencana toksid paling teruk di negara ini, yang berlaku di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang empat tahun lepas, amat berharap akan terima keadilan pada pertengahan tahun ini.

Di sebuah sidang akhbar di Pasir Gudang pada Khamis (03 Mac), 40 ahli keluarga diketuai peguam mereka, Kamarudin Ahmad, berjumpa dengan calon Barisan Nasional (BN) untuk N42 Johor Jaya, Chan San San dari MCA.

“Saya membawa ahli keluarga tersebut untuk berjumpa dengan San San sebab beliau adalah pemimpin masyarakat yang mengambil berat terhadap nasib mangsa bencana Sg Kim Kim sejak tahun kejadian lagi,” kata Kamarudin yang amat menghargai jasa dan keprihatinan San San terhadap mangsa yang terlibat.

“Dan pada masa tersebut, beliau hanyalah dari parti pembangkang, kerana kerajaan pada masa itu adalah kerajaan Pakatan Harapan dan Menteri Besarnya adalah arwah Osman Sapian dari parti Bersatu,” tegas Kamarudin.

“Kami berharapa beliau menang dalam pilihanraya ini dan mengutarakan kepada kerajaan yang bakal di bentuk dan kes ini dapat diselesaikan dengan cara yang terbaik,” beliau berkata.

Beliau bertambah bahawa apabila kejadian berlaku, Kerajaan negeri Johor di bawah Pakatan Harapan hanya memberi wang pampasan RM500 setiap mangsa jika di rawat di Unit Rawatan Intensif (ICU) dan RM250 jika dirawat di wad biasa.

“Mangsa-mangsa ini perlu keadilan. Wang yang diberi oleh kerajaan PH adalah sungguh menyedihkan dan tiada justifikasi untuk mereka bertindak sedemikian,” beliau berkata.

Apabila di tanya oleh wartawan mengenai status kes yang telah difail, Kamarudin berkata bahawa mereka masih mengunggu tarikh yang baru kerana Perintah Kawalan Pergerakan baru baru ini.

“Perbicaraan patut diadakan pada 12 September 2021 tetapi terpaksa ditangguhkan kerana KPK. Kami berharap dapat tarikh yag baru dari pihak mahkamah.

Turut bersama di sidang akhbar tersebut adalah Ketua Penerangan BN Selangor, Isham Jalil dan Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Huan Chen Guan.

Kestabilan Politik

“Mangsa mangsa ini perlu mendapat keadilan yang sewajarnya. Mereka sepatutnya tidak diabaikan begitu sahaja,” Isham berkata dan berharap BN dapat kembali berkuasa di Johor supaya kestabilan politik dapat dicapai.

Sementara itu, Huan berkata bahawa begini yang akan berlaku apabila PH berkuasa.

“Mereka tidak pedulikan kebajikan rakyat. Memang mengambil sikap sambil lewa sahaja,” beliau bertambah.

Tragedi Sg Kim Kim yang berlaku pada Mac 2019 telah didakwa berlaku atas kelekaan dan kecuaian kerajaan PH yang membawa kepada tiga gelombang yang memusnahkan dalam tempoh masa tujuh hari.
Digelar sebagai bencana pencemaran toksid yag terbesar di Malaysia, tragedi tersebut memeranjatkan seluruh negara di mana 6,000 penduduk menjadi mangsa dengan 2,775 dirawat di hospital. Kebanyakkan daripada mereka terdiri daripada pelajar sekolah dan operator kantin yang rebah selepas menunjukkan simtom loyar, mual dan muntah. – New Malaysia Herald

Facebook Comments