DUN Tiram dan Kempas akan menyaksikan tujuh penjuru melibatkan lima calon bebas di kedua-dua kerusi berkenaan

Johor Bahru – Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac ini menjadi pertembungan yang paling sengit dalam sejarah negeri itu apabila seramai 239 calon disahkan akan bertanding untuk 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Menurut portal Utusan Malaysia, Pertandingan paling mencabar berlaku di DUN Tiram dan Kempas yang akan menyaksikan tujuh penjuru melibatkan lima calon bebas di kedua-dua kerusi berkenaan.

Pada PRN itu, saingan melibatkan empat penjuru mendominasi lebih separuh daripada kerusi yang dipertandingkan iaitu 35 kawasan, diikuti lima penjuru di lapan kerusi, tiga penjuru (7 kerusi) dan enam penjuru (4 kerusi).

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Abdul Ghani Salleh berkata, tiada pencalonan yang diterima daripada 239 kertas penamaan ditolak dalam pilihan raya tersebut setelah tempoh penamaan ditutup pada pukul 10 pagi.  

Facebook Comments