Analisis: Tak Selamat Dari Segi Perundangan Untuk Hukum Najib

Banyak kesilapan serius berdasarkan perundangan

1
862
RCI for Najib's cases?
There are numerous issues in law which may further bog down former premier Najib Razak's SRC appeal

ULASAN oleh Joe Fernandez

Pada asasnya, sebuah Pendapat bukanlah undang-undang. Perihal ini perlu dinyatakan terlebih dahulu. Hanya mahkamah yang berhak dan layak mengisytiharkan undang-undang.

Parlimen pula berkuasa untuk menggubal undang-undang namun bukan untuk mengisytiharkannya.

Jika bukan kerana pembangkang yang menyimpang tugas mereka, Parlimen boleh menjadi ruang menegakkan undang-undang.

Namun begitu, tiada Parlimen di dunia yang boleh mengambil alih kuasa kehakiman mahkamah atau tugas mengkanunkan undang-undang melalui cara yang tidak memberi ruang untuk tafsiran. Ia wujud dalam doktrin ciri asas, tersirat jika tidak ditulis, di dalam Perlembagaan.

Doktrin Pengasingan Kuasa

Kita perlu akur bahawa kes penyalahgunaan kuasa adalah kancah krisis dalam pelaksanaan undang-undang.

Tiada mahkamah yang akan mengambil kira kuasa prerogatif dan budi bicara kerajaan dan pengurusan (ia turut meliputi sektor swasta) melainkan “penyalahgunaan boleh dibuktikan.”

Kes terdahulu daripada Raja Azlan ada menyatakan bahawa “kuasa prerogatif dan budi bicara tidak boleh terlepas daripada belenggu jika penyalahgunaan boleh dibuktikan.”

Penyalahgunaan kuasa tidak boleh dibicarakan jika mahkamah tidak boleh mengambil kira kuasa prerogatif dan budi bicara kerajaan dan tadbir urus.

Mahkamah, secara amnya, mengelak perbicaraan kes penyalahgunaan kuasa ibarat wabak, dan jarang sekali, jika sama sekali, mempertimbangkan kes sedemikian. Dan dalam keadaan jika ia berlaku, ia dilaksanakan dalam penuh kesukaran.

Dalam perkara yang melibatkan keistimewaan milik Eksekutif, mahkamah tidak boleh terlibat dalam kes penyalahgunaan kuasa memandangkan Doktrin Pengasingan Kuasa akan menjadi penghalang.

Di samping itu, tiada mahkamah yang akan membicarakan mengenai kuasa prerogatif, budi bicara kerajaan dan tadbir urus.

Keputusan yang tercemar

Ketetapan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan didakwa masih dicemari oleh kenyataan yang bersifat peribadi dan menyinggung oleh empat orang hakim. Anda boleh merujuk kepada penghakiman bertulis.

Keputusan yang tercemar layak mendapat Pengampunan kerana kelompangan dalam proses pengadilan.

Kedua-dua Keputusan itu juga sudah melepasi Rayuan di mahkamah dan menyimpang di antara pengadilan.

Ini adalah kesilapan dalam undang-undang.

Mereka mengurniakan Pengampunan berdasarkan kelompangan dalam proses pengadilan.

Ruling hendaklah berdasarkan keputusan yang diambil, melalui Submission, oleh pihak yang bertikai mengenai konflik isu.

Di tempat lain, dalam isu yang berasingan, namun berkait dengan kelompangan dalam proses pengadilan, juri mungkin tidak lagi berbicara mengenai “prasangka dan berat sebelah, pendakwaan terpilih, penindasan terpilih, dan Perbicaraan oleh Media” mengenai kes Najib.

Kita tidak perlu lagi bertanya-tanya tentang apa yang telah berlaku kepada RM4b tersebut. Perkara itu tiada di mahkamah.

Hanya KWAP yang tahu dan boleh menjelaskan apa yang berlaku kepada RM4b. KWAP tidak pernah membuka mulut. Seluruh Lembaga Pengarah dan Pengurusan perlu diragui dan harus dipecat serta-merta.

Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) perlu ditubuhkan bagi menyiasat apa yang berlaku kepada RM4b tersebut.

Mahkamah harus “berprasangka baik” terhadap Najib mengenai Pengarah dan Pengarah Bayangan berdasarkan Ujian terhadap Bukti Bebanan dalam kes jenayah, “di luar keraguan munasabah.”

Jika benar Najib menggunakan RM42 juta untuk “kepentingan peribadi dan tujuan politiknya,” dan bukan untuk tanggungjawab sosial korporat, tiada bukti yang telah dikemukakan di mahkamah mengenai penglibatan peribadinya dalam nilai sehingga RM42 juta.

Tidak Wujud Kepentingan Peribadi

Malah, bukti yang telah dikemukakan di mahkamah dengan terang menjelaskan mengenai siapa yang menerima wang daripada Najib dan apa tujuannya. Ia bukan untuk kepentingan peribadi mahupun tujuan politiknya.

Terbukti, Najib tidak menggunakan wang RM42 juta itu untuk kepentingan peribadi dan tujuan politiknya.

Berdasarkan fakta ini sahaja, isu tujuan kepentingan peribadi dan politik yang bernilai RM42 juta, tidak timbul di sisi undang-undang.

Terdapat kepincangan dalam sabitan kesalah RM42 juta demi kepentingan peribadi dan politik ini.

Tuduhan ini bersifat tidak mampan, apatah lagi kukuh. Sabitan yang berkaitan juga tidak boleh bertahan.

Jika benar Najib menggunakan sebahagian daripada RM42 juta untuk kepentingan peribadi dan tujuan politiknya, perkara itu tidak pernah dibincang di mahkamah.

Sebaliknya, satu-satunya perkara yang dibincang di mahkamah ialah pertuduhan.

Adalah tidak selamat di sisi undang-undang untuk mensabitkan Najib atas salah guna RM42 juta. Pertuduhan utama adalah kepincangan yang membawa padah kepada undang-undang.

Dalam undang-undang, hukuman yang tidak seimbang adalah menyalahi undang-undang.

Hukuman mesti sesuai dengan jenayah.

Ketua Hakim Negara Richard Malanjum pernah memberi amaran mengenai hubungan undang-undang dan mahkamah, yang berdasarkan pengalaman peribadinya di dalam bidang ini. Beliau menyatakan bahawa “the letter of the law” itu sendiri bukanlah undang-undang.

Terdapat penekanan yang lebih besar pada semangat undang-undang, dalam kedaulatan undang-undang “rule of law”, berasasaskan Perlembagaan: “The spirit of the law is always read with the letter of the law.”

Terma Politik

Kedaulatan undang-undang, “rule of law” bukanlah istilah undang-undang, bahkan ia adalah terma politik.

Perlembagaan juga bukan undang-undang, sebaliknya ia merupakan dokumen politik yang dimuktamadkan, untuk menetapkan institusi tadbir urus negara. Namun, ia mempunyai kuasa undang-undang dan dengan itu muncul sebagai undang-undang tertinggi negara.

Kuasa undang-undang dan undang-undang juga tidak sama.

Kuasa undang-undang mirip dengan Adat – ini termasuk undang-undang antarabangsa (amalan antarabangsa mengenai hak asasi manusia), amalan adat dan industri, serta prosedur amalan dalaman milik Syarikat yang tidak melanggar undang-undang, dan undang-undang pentadbiran (ia bukan undang-undang, tetapi tertakluk kepada semakan kehakiman).

“The spirit of the law is always read with the letter of the law”.

Berdasarkan apa yang diperkatakan oleh Malanjum, ia boleh digambarkan betapa hubungan undang-undang dan mahkamah selalunya tidak dapat melangkaui ‘the letter of the law.’

Dalam kes itu, kita mempunyai sistem perundangan yang sama seperti China, iaitu undang-undang rimba berdasarkan rekaan cerita berdasarkan situasi yang muncul dari masa semasa, diperintah OLEH undang-undang dan diperintah OLEH Manusia.

Di manakah semangat undang-undang dalam kes Najib?

Keterangan mengikut keadaan (circumstantial evidence) tidak boleh diterima dalam kes jenayah.

Keraguan Munasabah

Ujian terhadap Bukti Bebanan dalam kes jenayah adalah “di luar keraguan munasabah.”

Sekiranya terdapat kecuaian dalam pengadilan, ia patut memperoleh Pengampunan.

Mahkamah adalah hanya mengenai undang-undang, bukan kebenaran. Itu prinsip dalam falsafah undang-undang (baik daripada segi teori, prinsip dan maksim dalam undang-undang).

Mahkamah bukan juga soal etika, nilai moral, teologi, dosa, Tuhan atau keadilan.

Sebaliknya, ini adalah prinsip dalam falsafah undang-undang.

Badan Kehakiman bukanlah satu lagi jabatan kerajaan yang tertakluk kepada Eksekutif. Mahkamah Persekutuan tidak lama lagi akan membuat keputusan mengenai perkara ini. Mustahil untuk mahkamah membuat keputusan yang akan menentang institusinya melainkan, dalam keadaan gila, ia dilaksanakan berdasarkan the letter of the law.

NOTA EDITOR

CABARAN oleh seorang peguam Australia di LinkedIn . . .

Seorang peguam — nama dirahsiakan — di Brisbane, Australia, telah menggesa sekurang-kurangnya seorang peguam di Singapura atau Malaysia untuk mematahkan hujah Joe Fernandez dalam kes Najib.

Hanya SEORANG peguam yang akan diperlukan dan hujah, beliau berkata akan disiarkan dalam laman LinkedIn.

Walau bagaimanapun, peguam itu tidak menyangkal hujah Fernandez tetapi berpendapat Pengampunan menggambarkan penyesalan berdasarkan rasa bersalah.

Penulis memohon untuk mempunyai pendapat yang berbeza.

“Penyesalan dan rasa bersalah tidak masuk di dalam gambaran Pengampunan.

“Pengampunan adalah berdasarkan kelompangan dalam proses pengadilan semata-mata. Jangan nafikan bahawa tiada penyelewengan dalam proses pengadilan kes Najib.”

Dari sudut falsafah undang- undang, tambahnya, kelompangan dalam proses pengadilan adalah lebih penting daripada undang-undang jenayah.

Jika seorang peguam pun tidak dapat membidas hujah penulis dalam kes Najib, mungkin CJ Richard Malanjum dan AG Tommy Thomas adalah betul bila menyentuh mengenai hubungan undang-undang dan mahkamah di Malaysia. – New Malaysia Herald

Latar Belakang Penulis:

Pemerhati veteran dari Borneo, Joe Fernandez mempelajari mengenai Malaysia sebagai seorang legal scholar (jurist),sarjana undang-undang (ahli perundangan).

Beliau pernah menjadi Ketua Pengarang Sabah Times. Beliau tidak boleh disalah anggap dengan nama yang sama di dalam Daily Express. Rujukan kepada artikel blog beliau boleh didapati di sini.

Nota: Perkara yang dinyatakan dalam artikel ini adalah pendapat peribadi penulis, dan tidak mencerminkan pendirian New Malaysia Herald.

Facebook Comments

1 COMMENT

Comments are closed.