Keputusan kes Najib membawa satu norma baru dalam proses pembuatan keputusan bagi sebuah organisasi. Melalui keputusan kehakiman jelas telah mengabaikan tanggungjawab Ahli Lembaga Pengarah (BoD) dan Pihak Pengurusan dalam membuat keputusan yang penting terutama berkaitan kewangan syarikat.

Sebaliknya, pemegang saham/kepentingan (stakeholders) boleh melangkaui kuasa pihak pengurusan dan Ahli Lembaga Pengarah dalam membuat sebarang keputusan.

Bagaimana seorang CEO syarikat yang mempunyai kuasa meluas untuk menentukan segala operasi penting syarikat bertindak tanpa minit yang diputuskan oleh Ahli Lembaga Pengarah?

Sebenarnya mereka yang mempunyai kawalan ke atas wang syarikat itu adalah yang berjawatan pengarah dan penandatangan akaun bank syarikat berkenaan, bukan hanya penasihat atau pengarah bayangan.

Memindahkan wang ke akaun peribadi seseorang tanpa sebarang dokumen sokongan yang berkaitan urusan operasi syarikat sebenarnya mengabaikan tanggungjawab pihak berkenaan. Pihak berkenaan juga harus diheret ke mahkamah.

Pengarah Bayangan

Apakah had kuasa yang dimiliki oleh penasihat syarikat (pengarah bayangan) dalam hal strategik untuk menentukan hala tuju syarikat boleh melangkaui tugas operasi syarikat yang sepatutnya disandang oleh Ahli Lembaga Pengarah atau pihak pengurusan?

Hal ini juga menjadi satu persoalan penting. Dalam kes SRC, meskipun tanpa saksi penting seperti Jho Low dan Nik Faisal serta watak penting seperti Aspin Alias, apakah mahkamah mempunyai cukup bukti untuk menjatuhkan hukum terhadap pihak yang dituduh?

Dalam hal yang lain, apakah masuk akal seorang yang berkedudukan sebagai CEO 1MDB hanya mengikut sahaja arahan Jho Low dengan ANGGAPAN bahawa Jho Low menerima arahan dari seseorang yang sangat berpengaruh tanpa beliau sendiri menyemak dengan pihak berkenaan?

Persoalan utama, mengapa pihak terbabit dibiarkan terlepas sedangkan mereka juga merupakan WATAK UTAMA dalam kes berkenaan.

Andaian bahawa segala tindakan pemegang amanah mendapat restu pihak yang memberi amanah juga adalah sangat longgar selagi pemegang amanah tidak disoal di mahkamah..Pemegang amanah harus disoal dan diadili di mahkamah untuk membuktikan segala tindakan beliau benar-benar mendapat restu pihak yang memberi amanah.

Sementara itu, seorang peguam dan aktivis politik, Tai Zee How atau lebih mesra dikenali sebagai Apek Cina, berlainan pendapat dengan keputusan Mahkamah rayuan terhadap Najib.

Tai Zee How, atau lebih dikenali sebagai Apek Cina, berlainan pendapat dengan keputusan rayuan terhadap Najib. – Gambar dari Facebook Ulasan Apek Cina

“Mahkamah percaya bahawa Najib ketahui dan terlibat aliran duit dari KWAP ke SRC ke Ihsan Perdana dan ke akaun sendiri dan walaupun beliau tahu yang ada duit KWAP memasuki SRC, tetapi Najib tidak mengetahui yang duit dari Ihsan Perdana ke akaun peribadi beliau itu sebenarnya duit KWAP.

“Najib percaya duit itu adalah daripada kerabat Arab Saudi dengan surat rasmi, dan diakui saksi pendakwaan, seorang pegawai SPRM,” menurut Zee How.

Beliau juga menghuraikan beberapa fakta yang kenapa beliau berlainan pendapat dengan keputusan Mahkamah rayuan tersebut.

Antaranya ialah:-

1. Saksi pendakwaan Joanna Yu mengaku bahawa Nik Faisal & Jho Low arahan dia untuk sembunyikan keadaan akaun bank daripada Najib Razak.

2. Suami bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti telah berkerjasama (melibatkan berjuta-juta ringgit) dengan Jho Low sejak 200, jauh sebelum semua ini berlaku, dan cara Bank Negara mengendalikan transaksi ini adalah curiga.

3. RM3.6 Billion duit SRC masih selamat di sebuah Bank di Switzerland. * penting

4. Pertalian Jho Low + Joanna Yu + suami Gabenor memang mencurigakan, bahawa golongan ini menyembunyikan sesuatu daripada Najib.

“Saya berpendapat bahawa Mahkamah Tinggi dan Rayuan terkhilaf atas tidak bersetuju bahawa keraguan di atas adalah munasabah dan rayuan ke Mahkamah Persekutuan harus dilakukan untuk perbetulkan kekhilafan tersebut.

“Keraguan yang munasabah adalah asas untuk membuangkan sesebuah kes Jenayah di sistem perundangan jenayah di negara komanwel, termasuk Malaysia,” beliau berkata.

Beliau juga menegaskan perbezaan pendapat dia dengan penyokong beberapa parti tertentu pula adalah kerana mereka percaya Najib ambil duit SRC untuk mengayakan sendiri.

“Merujuk kepada gambar pembelanjaan duit SRC, tidak menunjukkan cara pengunaan seorang ahli politik yang korupt.

“Duit dimasukkan ke yayasan amal dan NGO untuk kerja-kerja kebajikan dan bukannya untuk pembelian banglow, private jet, kereta mewah, atau bail-out syarikat anak-anak yang kerugian,” katanya.

Beliau juga menyoal, jika hendak di pakai untuk kegunaan sendiri, kenapa masih ada RM3.6 billion lagi di Switzerland? Kenapa ianya tidak digunakan?

“Saya memohon semua membaca dengan minda yang terbuka dan tiada sesiapa yang bayar saya atau dijanjikan dengan apa-apa ganjaran dalam apa jua jenis oleh siapa-siapa selepas ini,” beliau menulis dalam satu hantaran di facebook beliau.

Mahkamah Rayuan pada 08 Disember sebulat suara mengekalkan sabitan salah atas tujuh pertuduhan membabitkan penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd. selepas menolak rayuan Najib.

Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Abdul Karim Abdul Jalil dan bersidang bersama-sama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera sebulat suara memutuskan demikian selepas mendapati rayuan Ahli Parlimen Pekan itu tidak mempunyai merit. – New Malaysia Herald

Facebook Comments

Advertisement