Oleh Norman Sapar

Tinggal satu hari lagi baki hari berkempen untuk PRN Melaka yang bakal menentukan tampuk baru pemerintahan negeri. Jentera parti dan calon masih terus berkempen bagi memenangi kawasan-kawasan yang ditandingi.

Tidak dinafikan suasana kempen PRN pada kali ini hambar dengan SOP baru yang diperkenalkan SPR berikutan wabak pandemik COVID-19 yang masih melanda negara. Waktu waktu sebegini yang menjadi bualan jentera jentera parti dan calon adalah congakkan dan analisis kebolehmenangan masing masing. Dua hari berbaki adakah mampu menarik hati pengundi?

Dari pemerhatian yang dibuat sejak dari awal lagi, rata rata rakyat Melaka seolah telah membuat keputusan parti mana yang hendak dipilih. Ditambah dengan ketidakbenaran kempen secara ceramah dan “walkabout” pasti sukar untuk mempengaruhi dan membaca mood pengundi terutama golongan atas pagar.

Kempen baru melalui skrin digital di lori dan lain lain kenderaan setakat ini boleh dikatakan tidak banyak memberikan kesan, bak kata orang “buang minyak sahaja.” Sambutan terhadap kempen di media sosial pula agak hambar dan tidak seperti kempen pada PRU 14 yang lepas. Mungkin kerana takut saman fitnah atau takut nak mengulangi janji manis bulan bintang kerana janji-janji lepas ternyata palsu dan tidak ditunaikan.

Sejak PRU 14, rakyat seluruh negara telah mengalami kesan yang berbeza berbanding sebelumnya yang mana, pendek cerita, adalah kerana ketidakstabilan. Kestabilan itu sangat perlu untuk mengelak berlaku kacau ganggu dan ugutan seperti apa yang telah berlaku. Tidak boleh kata tidak, kestabilan akan membawa kepada kemakmuran. Kestabilan akan wujud apabila gabungan parti yang bertanding memperolehi majoriti kerusi yang selesa untuk mentadbir.

PRN Melaka pada kali ini adalah pertembungan BN, PH dan PN. Walau ramai calon calon bebas namun setakat hari ini calon-calon bebas seolah tiada dalam pertandingan. Bukan hendak merendahkan, tapi ini realiti. Itulah sebabnya berparti itu penting.

Setakat hari ini PH dilihat bergerak sebagai suatu pasukan, tidak banyak konflik dalaman. Namun berdepan dengan masalah malu nak bersemuka dengan pengundi kerana nak cakap apa pun tak ada bahan. Permulaan kempen di media sosial mengundang jenaka, di”lahabaukan” seluruh Melaka oleh bekas timbalan menteri pendidikan dan ahli parlimen Kulai (DAP), Teo Nie Ching.

Jika soal penampilan pun dah sebegini bagaimana soal dalaman? Apa yang keluar dari mulut dan fikiran itulah yang tersemat di hati. Pengundi bijak menilai. – Gambar dari Facebook Teo Nie Ching.

Manifesto PH kurang mendapat sambutan, modal kempen seperti PRU 14 boleh dikata tidak berlaku kerana sedar rakyat sudah tahu tembelang. Namun, di kerusi kerusi yang majoriti kaum Cina, PH dijangka boleh memenangi namun ianya tidak selesa kerana sekurang-kurangnya dua kerusi yang DAP tandingi calon yang ditawarkan BN mampu membuat kejutan. Pengundi Cina juga dilihat tidak sesolid pada PRU 14 menyokong PH atas pelbagai faktor. Pengumuman Hj Adly Zahari bakal Ketua Menteri jika PH berjaya memenangi ternyata tidak memberi kesan kerana majoriti rakyat Melaka, terutamanya kaum Melayu, sedar bahawa parti yang diwakilinya adalah bayangan parti lain dan semasa beliau menjawat jawatan Ketua Menteri pun tiada perkara yang siknifikan dilakukan. Lagipun macam macam cerita sebelum masing masing bersetuju menamakan bakal Ketua Menteri itu.

Boikot Memboikot

PN tampak yakin, namun penuh dengan masalah. Kesepakatan antara parti gabungan cukup rapuh. Jentera akar umbi parti tidak berapa sepakat, boikot memboikot banyak berlaku. Tu belum cerita tentang calon-calon lagi. Namun PN dilihat bersungguh dan berbelanja besar. Ramai terkejut dari mana PN memiliki modal yang besar sehingga banyak urusan jentera disubkan ke pihak ketiga. Konsep asal ada duit semua boleh buat namun untuk membeli hati pengundi belum tentu lagi. Manifesto yang dikeluarkan pun lambat dan tiada cadangan calon Ketua Menteri menambah kehambaran sokongan pengundi kepada PN. Untuk apa undi PN? Jawapan yang diberi ternyata pelbagai lain pemimpinnya lain jawapan.

Perikatan Nasional News | Perikatan Nasional
Menarik tapi kesannya masih dalam ujian. Mungkin akan datang akan menjadi medium utama penyampaian mesej kempen jika parti berkemampuan.

Menarik “perang” antara Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY) dan Tan Sri Shahril Samad (TSSS) serta Tun Mahathir ternyata bukan sahaja menjauhkan sokongan pengundi malah melemahkan jentera dan penyokong parti.

Perang mulut antara dua tokoh politik veteran Johor, menguntungkan pihak mana? – NMH Graphics

Tidak banyak pembetulan yang boleh dilakukan oleh jentera PN kerana faktor masa dan sebab itu banyak kawasan yang jenteranya pun sudah berkemas.

Rindukan Zaman BN

Majoriti pengundi rindukan zaman BN memerintah. Kemajuan yang dikecapi Melaka sekarang ini adalah hasil pimpinan kerajaan BN terdahulu. BN tidak sempurna, namun atas semangat BN, banyak isu dimuafakatkan. BN menawarkan manifesto yang rasional dan mampu dilaksanakan. Penawaran DS Sulaiman Md Ali sebagai Ketua Menteri Melaka kelak jika BN berjaya membentuk kerajaan adalah langkah yang tepat. Tempoh beliau menjawat jawatan ternyata berbeza kesan dan situasinya berbanding Ketua Menteri masa zaman PH. Rakyat Melaka berasa selesa dan nampak hala tuju apa yang kerajaan negeri nak laksanakan.

https://admission.utp.edu.my

Disebabkan oleh ketidakstabilan kerajaan terbubar dan terjadilah PRN. Jadi kesinambungan tersebut harus diteruskan dan sudah pasti syarat utamanya haruslah mengundi BN dan memenangkan BN pada 20 hb nanti. PH dan PN tak boleh bawa kestabilan ke? PH telah diberi peluang, atas dasar dan matlamat tersembunyi yang ada telah mengakibatkan pentadbiran ketika zaman PH semuanya ditukar. Kalau yang baik jadi lebih baik tak apa, tapi ternyata banyak kemudaratan yang berlaku. PN pula bagaimana hendak stabil jika di kalangan mereka sendiri majoritinya daripada “pelompat”. Perilaku lompat ni kat mana mana pun kalau dibawa pasti berlaku ketidakstabilan. Bayangkan kalau kapal terbang ramai yang melompat lompat yang terjadi adalah kapal terbang tak stabil. Jadi macam tak sesuai pula pengamal ketidakstabilan hendak membentuk kestabilan.

Selain itu, PM ketika zaman PN lebih membina kekuatan kuasa parti berbanding kepada lain hal. Dan macam macam lagi hal. Maklumlah, baru nak bertapak. Pilihanraya bukan medan ujian, bukan juga medan judian. Pilihanraya adalah tentang masa depan. Pengundi pengundi di Melaka diyakini bijak memilih antara yang tulin dan tiruan dan antara yang rasional dan harapan tinggal harapan berdasarkan apa yang telah berlaku. BN telah membuktikan dan membawa kemakmuran. Undilah calon calon BN bagi membentuk kestabilan yang membawa kepada kemakmuran. – New Malaysia Herald

Penulis merupakan seorang usahawan dan pemerhati politik. Beliau juga sedang membuat kajian Phd dengan topik “Pengaruh politik di media sosial”. Penulisan beliau adalah bersifat sederhana yang diterima oleh pelbagai pihak. Artikel ini adalah berdasarkan pendapat penulis dan tidak semestinya melambangkan pendirian New Malaysia Herald.

Facebook Comments

Advertisement