Kongres Maya terbesar di dunia, ESTCON2020 secara rasmi melabuhkan tirainya

Kongres maya terbesar di dunia, World Engineering, Science and Technology Congress (ESTCON) 2020, secara rasminya telah melabuhkan tirai pada 15 Julai diakhiri dengan  ucapan penutup oleh Datuk Ir. Ts. Dr Siti Hamisah Tapsir, Ketua Setiausaha  Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Kongres ini menyaksikan kehadiran memberangsangkan lebih kurang 1,000 orang pakar dari kalangan ahli akademik, pemain industri serta organisasi kerajaan dan bukan kerajaan daripada 30 buah negara. Buat pertama kali penganjuran adalah secara maya sejak ia di lancarkan pada tahun 2010.

Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) dengan jayanya menjadi tuan rumah bagi  ESTCON2020 yang merangkumi sembilan persidangan antarabangsa yang diadakan serentak iaitu International Conference on Oil & Gas Engineering and Technology (ICOGET2020), International Conference of Civil, Offshore & Environmental Engineering (ICCOEE2020), International Conference on Production, Energy and Reliability (ICPER2020), International Conference on Earth Resources (ICER2020), International Conference on Process Engineering and Advanced Materials (ICPEAM2020), International Conference on Computer and Information Sciences (ICCOINS2020), International Conference on Fundamental and Applied Sciences (ICFAS2020) dan International Conference for Management, Social Sciences and Humanities (ICMeSH 2020).

Kongres ini menyediakan platform untuk menghubungkan, berkongsi pengetahuan dan untuk para peserta belajar mengenai inovasi, trend, kebimbangan global dan penyelesaian terkini oleh pemain-pemain utama global.

Edisi ke-enam kongres ini yang bertemakan “Science, Technology and Humanities: Reinventing The Future” terdiri daripada pelbagai bidang termasuk bidang kejuruteraan, inovasi, teknologi dan kemanusiaan untuk menangani isu dan trend semasa, agar penyelesaian dan kaedah inovatif dapat di temui bagi membangunkan masa depan yang lebih lestari untuk generasi akan datang.

“ESTCON2020 adalah sebuah wadah  kukuh dan harus diambil sebagai suara dan inspirasi bagi industri dan akademik bagi isu-isu berkaitan sains, teknologi dan kemanusiaan.

“Melalui ESTCON2020, kami mendapat sekilas pandang tentang apa dan bagaimana untuk kami menyumbang dengan lebih baik di kala era baru ini, dalam keadaan yang tidak pernah kita alami sebelum ini.

“Saya sangat teruja akan usaha yang dijalankan oleh UTP yang memulakan platform maya yang mampu mewujudkan  koloborasi antara pemimpin industri, institusi pengajian tinggi dan pihak kerajaan, agar  bakal memberikan peluang  kepada pembentukan masa depan yang lestari demi generasi yang akan datang,” menurut Dr Siti Hamisah.

“Sebelum ESTCON 2020 melabuhkan tirainya, saya percaya kita semua mempunyai aspirasi yang sama untuk “ mereka-cipta semula” (reinventing) masa hadapan Sains, Teknologi dan Kemanusiaan. Dalam masa tiga hari berlangsung kongres ini, kita melihat kemungkinan impian ini menjadi kenyataan.

“Kita semua telah dilanda oleh wabak yang dahsyat, dan kita perlu melakukan perubahan demi kelangsungan hidup kita di masa hadapan. Banyak perkara yang perlu kita renungkan, jika selepas ini kita dapat menyumbang kepada kaedah mendepani halangan-halangan global secara individu atau kolektif, maka kongres ini boleh dianggap sebagai berjaya,” kata Timbalan Naib Canselor Akademik UTP dan Pengerusi Bersama  ESTCON2020 Profesor Ir Dr Hilmi Mukhtar.

ESTCON2020 ini dikelolakan bersama oleh Gabungan Universiti-Universiti Berkaitan Kerajaan (Alliance of Government-linked Universities), disokong oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan Akademi Sains Malaysia (ASM) serta dengan kerjasama PETRONAS, Yayasan UTP dan Lembaga Teknologis Malaysia.

Perasmian ESTCON2020 telah disempurnakan oleh Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Datuk Seri Noraini Ahmad pada 13 Julai 2021.

Kongres ini telah menampilkan lima orang penceramah tersohor, 18 penceramah pleno dan 3 forum dengan 13 ahli panel.

Selain itu, sorotan ESTCON2020 adalah pameran maya yang diadakan selari dengan persidangan, di mana pemain-pemain industri dari pelbagai syarikat yang berkaitan akan mempamirkan produk, perkhidmatan dan inovasi terkini mereka.

Penaja utama ESTCON2020 ialah Dialog Group Berhad, Schlumberger, Transwater, Creative Minds, Uzma Berhad, NeuDimension, Maybank, Patentsworth International, Techsource Systems dan Telekom Malaysia.

Bernama dan New Malaysia Herald adalah rakan media, manakala Springer adalah rakan penerbitan.

Edisi ESTCON seterusnya bakal diadakan pada tahun 2022 – New Malaysia Herald.

Facebook Comments

Latest articles

Related articles