Noraini Merasmikan Kongres Maya Terbesar Di Dunia ESTCON2020 anjuran UTP

Keadaan dunia yang tidak menentu dan kompleks serta wabak Covid-19 telah memberikan cabaran yang belum pernah terjadi sebelum ini, kata Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Datuk Seri Noraini Ahmad semasa merasmikan 6th virtual World Engineering, Science and Technology Congress (ESTCON2020).

Noraini berkata, sektor pendidikan tinggi adalah antara sektor yang menerima kesan yang teruk, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di seluruh dunia.

Universiti PETRONAS (UTP) adalah tuan rumah ESTCON2020 yang akan berlangsung selama tiga hari dari 13 hingga 15 Julai 2021 disertai oleh lebih daripada 1,000 orang pakar dalam pelbagai bidang penyelidikan, inovasi dan pengkormersialan mewakili 27 buah negara.

“Oleh itu, saya memuji UTP kerana berdaya tahan dalam menghadapi ketidakpastian dan cabaran yang berterusan ini; saya juga menggesa agar pihak universiti dan industri agar menyokong usaha kerajaan dalam merubah budaya dalam masyarakat kepada STEM-Fokus seperti dulu.

“Kita perlu memperbetulkan perkara ini demi masa depan ekonomi kita, kerana akhirnya industri akan mengguna pakai tenaga kerja yang tidak celik STEM.

“Saya benar- benar kagum dengan pertumbuhan ESTCON selama bertahun-tahun, dan ia merupakan satu penghormatan tinggi kepada Kongres ini, apabila dilihat kehadiran ramai pakar pendidikan dan industri. Di sinilah mereka berkumpul untuk bertukar-tukar idea dan pandangan mengenai langkah seterusnya dalam merealisasikan aspirasi kolektif mereka demi kelestarian sains,teknologi dan kemanusiaan”, kata Noraini di perasmian tersebut yang diadakan pada 13 Julai, 2021.

Kongres terbesar di dunia ini merangkumi sembilan buah persidangan antarabangsa yang diadakan secara serentak.

Persidangan tersebut adalah International Conference on Oil & Gas Engineering and Technology (ICOGET2020), International Conference of Civil, Offshore & Environmental Engineering (ICCOEE2020), International Conference on Production, Energy and Reliability (ICPER2020), International Conference on Earth Resources (ICER2020), International Conference on Process Engineering and Advanced Materials (ICPEAM2020), International Conference on Computer and Information Sciences (ICCOINS2020), International Conference on Fundamental and Applied Sciences (ICFAS 2020), International Conference for Management, social Sciences and Humanities (ICMeSH 2020).

Noraini yang juga merupakan ahli Parlimen Parit Sulong berkata bahawa kongres ini juga membuktikan bagaimana UTP mampu bangkit dan menerapkan cara kerja baru dalam mengharungi Norma Baru.

“Adalah penting bahawa selama tiga hari congress ini, para akademik dan pemain industri harus serius mengadakan dialog strategik berkenaan rintangan dan halangan yang di hadapi oleh Pendidikan Tinggi, kebarangkalian membuka ruang baru bagi koloborasi yang memberikan pengetahuan yang bermanfaat dan kepakaran sektor lain bagi tujuan melaksanakan inovasi bagi mencari penyelesaian-penyelesaian baru” tambah beliau lagi.

Inovasi Untuk Hidup

“Tidak dinafikan, kemajuan dan inovasi mampu berjalan seiringan mampu terjadi dengan pantas. Ya, ini adalah masa kesusahan yang luar biasa, tetapi ia juga adalah masa segala perkara adalah mungkin, tiada organisasi yang terkecuali dari keperluan dan keinginan untuk berinovasi,” kata Noraini.

Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) telah menyahut seruan bagi menjalankan lebih banyak aktiviti dalam talian yang sejajar dengan norma pemikiran baru di kala ini, antaranya adalah dengan menjadi tuan rumah bagi penganjuran ESTCON2020 ini.

Kongres ini juga dikelolakan bersama dengan Gabungan Universiti-universiti berkaitan kerajaan (Alliance of Government-linked universities), di sokong oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan Akademi Sains Malaysia (ASM) serta dengan kerjasama PETRONAS, Yayasan UTP dan Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF).

Selain daripada itu, ESTCON2020 juga mengadakan pameran maya yang akan diadakan selari dengan persidangan, di mana pemain-pemain industri dari pelbagai syarikat yang berkaitan akan mempamirkan produk, perkhidmatan dan inovasi terkini mereka. – New Malaysia Herald

Facebook Comments

Latest articles

Related articles