Umno Stabil – Tok Mat Harus Jadi Pembantu Terbaik

Perhimpunan Agung UMNO - PAU

0
278

Oleh Mohd Azam Rauzan

Hanya satu istilah boleh dirumuskan apa yang hendak disampaikan dalam ucapan perasmian sayap-sayap Umno oleh Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Hassan atau lebih dikenali sebagai Tok Mat ~ UMNO MESTI BERJIWA BESAR.

Kepada setiap perwakilan mahupun rakyat jelata, yang telah mendengar, pasti akan tergetar jiwa nuraninya, berdenyut laju nadi jantungnya dan berlapang dada di atas nasihat dan teguran Timbalan Presiden UMNO ini.

Sebagai seorang pengamal perubatan, penulis amat bersetuju dengan apa yang diperkatakan. UMNO kena muhasabah diri. Dalam perubatan untuk merawat pekung, doktor kena buat “Incision and Drainage” iaitu pekung harus dipotong dan dikeluarkan nanahnya.

Dua perkara yang penulis ingin tekankan dalam penulisan kali ini, ialah UMNO kena buang atau menjalankan “Total Cleansing” pemimpin-pemimpin duri dalam daging.  Dan yang kedua, pemimpin UMNO kena berjiwa besar untuk tidak dijajah semula demi jawatan dan kuasa.

Sudah sampai masanya kita berbicara secara terbuka, tulus dan jujur. Pada PRU14 yang lalu, atas apa alasan yang diberikan demi sebuah “escapism”, rakyat masih mengambil pendekatan “menanti dan melihat”.

Apakah UMNO bersedia untuk berubah atau rakyat akan mengubah nasib dan kelangsungan UMNO di persada politik negara?

Rakyat sudah muak dengan senario yang sama acap kali menjelang pilihan raya. Ucapan dan janji manis berbau retorika sudah lapok dan tidak sesuai.

Tok Mat sebagai pembantu nakhoda bahtera UMNO dilihat sebagai seorang yang paling dinamik dan pragmatik untuk sama-sama berganding bahu bersama Presiden UMNO, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam membawa cabaran ini ke mercu kejayaan UMNO. Belum terlambat untuk Tok Mat menjadi pembantu yang baik. Jangan terpengaruh dengan punasihat yang kurang pengalaman dan kepakaran politik.

Zahid adalah pembantu yang baik sebelum ini dan tidak ada sebab beliau tidak menghargai pembantu yang baik.

Seperti Anjing Menggigit Tangan Tuannya

Sudah tentu Zahid tidak mahu ada pemimpin dalam UMNO yang bukan sahaja seperti anjing menggigit tangan tuannya tetapi membuka pintu reban untuk musang makan ayam milik tuannya.

Tentunya, pihak lawan tidak senang duduk jika Tok Mat terus menerus memberi sokongan padu kepada Presiden. Begitu juga semua ketua sayap dan pemimpin peringkat negeri.

Walau apapun badai mendatang kepada mereka, penulis yakin sokongan serta doa dari lebih tiga juta ahli Umno dan rakyat jelata yang merindui kerajaan BN, akan menjadi satu azimat untuk memacu UMNO.

BN yang diterajui UMNO mampu mengembalikan kegemilangan Malaysia.

Dalam pada itu, semua pihak sama ada kawan dan lawan amat menanti-nantikan ucapan dasar Presiden esok. Apakah ada elemen kejutan atau kata-kata pembakar semangat? Sama-samalah kita tunggu.

Penulis yakin, pasti akan ada sesuatu yang akan menyemarakkan semangat seluruh ahli UMNO untuk terus mempertahankan bahtera ini. Parti keramat yang memayung kehidupan rakyat lebih 60 tahun.

Akhir kalam, ingin penulis berkongsi sedikit madah agar menjadi renungan untuk semua:-

Langit kamar berpesan……BERCITA CITALAH SETINGGI MUNGKIN

Jam dinding berkata……TIAP DETIK ITU BERHARGA

Cermin bilang……BERKACALAH SEBELUM BERTINDAK

Kalender berbisik……JANGAN MENUNDA SAMPAI BESOK

Pintu berteriak…….DORONGAN Dan AZAM….PERGI DAN BERUSAHA

Tapi…tiba tiba…….LANTAI BERBISIK

Bersujud Dan Berdoa

Kerana kunci kesuksesan kita HARUS DI MULAI DENGAN DOA

Amiin yarabbal’allamin. – New Malaysia Herald

Nota: Yang tercatit adalah pandangan penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pengurusan New Malaysia Herald.
<a href=httpswwwfacebookcomprpewm target= blank rel=noreferrer noopener>httpswwwfacebookcomprpewm<a>
For advertisement bookings and media support do contact us at <a href=mailtocontactnewmalaysiaheraldcom target= blank rel=noreferrer noopener>contactnewmalaysiaheraldcom<a> or SignalWhatsapp to +6014 6277067 or +6016 6060320

Facebook Comments