Tun Faisal Digantung Keahlian Umno

Timbalan Ketua Bahagian Umno Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz digantung keahlian dari Umno selama enam tahun berkuatkuasa 27 Mac 2021.

Keputusan ini dibuat oleh Majlis Tertinggi Umno malam ini dan ianya disahkan oleh Pengarah Pilihan Raya Umno, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman. Namun demikian, Tajuddin tidak menamakan individu tertentu, tetapi surat penggantungan Tun Faisal telah tular di media sosial.

“Ya, seorang sahaja digantung keahlian dan tiada ahli lain dipecat,” katanya ringkas ketika ditemui media di pekarangan Menara Dato’ Onn malam ini.

Sebelum ini, Tun Faisal didapati lantang bersuara dan mengkritik pimpinan Presiden Umno Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Tun Faisal yang juga Setiausaha Akhbar Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa sebelum ini telah diarahkan mengemukakan surat jawapan balas kepada Lembaga Disiplin Umno.

Ketika diminta memberi komen balas, Tun Faisal berkata beliau akan mengadakan sidang akhbar berkenaan isu ini. – New Malaysia Herald

Facebook Comments

Latest articles

Related articles