Oleh Mudim Johor

Anwar oh Anwar. Bang Non oh Bang Non. Nasib kurang baik dan akan jadi PM Tepi seumur hidup. Itulah orang kata. Bukan orang yang hendak, tetapi Bang Non sendiri yang mahu.

Minta jadi PM beberapa kali kepada Dr M. Adakala Dr M kata ok. Adakala tak layan. Sumbat dalam penjara. Ada masa Dr M buat perjanjian, tapi tak tunai. Janji Dr M katanya bukan kitab suci. Nasiblah Si Luncai terjun dengan labu-labunya.

Bang Non banyak musuh. Musuh di luar parti dan juga dalam parti. Min Semburit dan CikguBard kenakan dia. Sapa lagi? Ramai lagi. Min dah masuk Bunger aka PPBM. Tunggulah Abah Midin. Pada masa yang sesuai, Min Semburit dengan bantuan Haziq akan kenakan Midin. Masa tu Abah jadi Abahcow.

Bak kata orang putih: Beware of the wolf in sheep’s clothing. (Berhati-hati dengan serigala yang berpakaian seperti kambing biri-biri.) Aduhai tunggu masa.

Nak tahu musuh dalam selimut, selaklah selimut semua parti baik dalam UMNO, PKR dan PPBM. Juga Pas yang kini dah lari tubuh PAN. Peterpan. Mereka ada peranan yang disusun oleh lawan termasuk DAP. Parti rasis itu perlu 10 peratus sokongan orang Melayu untuk kacau negara ini.

Kini dalam parti Bunger penuh bersarang orang yang rekod kesetiaannya kepada parti dan pemimpin mereka adalah kosong. Elek. Mereka lompat kerana kepentingan peribadi dan mahu selamatkan tengkok, termasuk Amzahzai dan TokPa Jeli. Min Semburit apatah lagi…akan mengganas. Aduhai..tunggu masa.

Azmin dan rakan-rakannya ada rekod belot kepada Anwar dan PKR. Amzahzai atau setengah orang politik panggil “Amzahpangsai” dan rakan-rakannya belot kepada UMNO. Midin pulak adalah musang besar berbulu ayam yang menikam Dr M, pengasas partinya sendiri dari belakang. Dari dulu, masa Paklah pun Midin minta Paklah turun. Nasib masa itu ada Jane.

Najib dan Zahid pula seperti pemimpin hebat UMNO tak ada rekod belot terhadap partinya. Cuma dua pemimpin mati di luar UMNO. Seorang anak pemimpin tu pun baik dengan Midin. Nak belot? Seorang lagi pemimpin lama dan rakannya yang suka rejam merejam tubuh S46.

Bossku dan Zahid bertahan walau apapun tekanan yang dikenakan pada mereka. Salah Najib dan Zahid, kerana tak ikut jejak Amzahzai, TokPa, Latif Ana dan yang lain-lainnya, tinggalkan parti cari jalan selamat. Lompat si katak lompat.

Hidu punggung orang yang ada kuasa. Jilat mana yang kena jilat walaupun adakala bau air kencing. Termasuk ketika itu ada Anwar dan ada DAP. Guan Eng pun dia jilat.

Silap Najib dan Zahid kerana berkawan dengan semua mereka yang terang-terang ada rekod kawan makan kawan. Kalau sudah dalam sangkar serigala bersedialah untuk dibaham. Tak boleh lari. Rule of Law. Hakim takleh gugur kes walaupun terang-terang kes itu lemah. Kes Bossku sampai tujuh kesalahan. Kesian. Tak macam Hakim Mahkamah Tinggi yang terbaik selalu mengatakan jika ada kes lemah dan buang masa, gugurkan kes. Tapi inilah senjata yang digunakan Midin dan Amzahsai.

Ramai yang hairan macamana Umno boleh tahan dengan sikap dan perangai mereka? Terutama selepas ditipu dengan pelbagai muslihat di Sabah. Bunger oh Bunger. Orang Sabah Bunger pun dah ikut perangai buruk Midin. Nasib Kerajaan Pusat tak tumbang.

Zahid tiba-tiba berlembut? Isytihar genjatan politik. Ramai pemimpin UMNO dari Pemuda sampai ke veteran sokong redakan suhu. Bukan U-turn atau takut tapi sikap anak jantan. Tak mahu jadi trouble maker macam Amzahsai. Waktu rata-rata pemimpin Umno marahkan PPBM, beliau batalkan mesyuarat MT. Tangguh Persidangan Parti seluruh negara. Tangguh mesyuarat MN. Arah tumpu langkah bantu rakyat semasa Covid-19 tengah mengganas. Inilah anak jantan. Semuanya ini nak turunkan suhu politik. Semuanya ini demi kesejahteraan rakyat.

Apa Zahid dapat? Tak sepatah pun suara terima kasih atau mengalu-alukannya dari Muhyidin atau Amzahsai. Yang ada perli dari MP Alor Gajah, pakar belon terbang. Emy pun kalahkan dia.

Sebaliknya semua cerita dalam kain sama sendiri dihebahkan. Tak tahu mana yang betul dan tak tahu mana yang ditokok-tambah. Kononnya semua yang di sebelah Muhyiddin aka Midin putih bersih dan yang sebelah Zahid hitam pekat. Sebelah Najib lagi dikatakan amat busuk dan meloyakan. Mereka kata Najib perompak dan penyangak. Rakyat suka, mereka gembira.

Berkawan biarlah ada keilkhlasan dan kejujuran. Tiada kawan baik selalu. Apatah lagi yang nak hidup. Nak kenal kawan tengok rekod mereka dan rekod kawan-kawan mereka. Siapa yang jujur dan siapa yang banyak khianat kawan-kawannya. Khianat sepanjang masa. Musuh dalam selimut.

Jangan terperangkap dalam kandang serigala. Mereka akan makan kawan. Mereka ini nak hidup macam Midin, Amzahsai dan Min juga.

Taubatlah.

Tulisan penulis mungkin terlampau kasar untuk diterima pembaca, tetapi inilah cara digunapakai oleh mereka yang tak tahu cerita sebenarnya, tetapi guna kata-kata kesat semata-mata nak mempengaruhi minda penyokong. Yang bezanya, penulis lebih tahu cerita yang sebenarnya. Cerita dalam kelambu. – New Malaysia Herald

Nota: Pandangan yang dilontarkan dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan ia tidak melambangkan pendirian pengurusan portal berita ini.

Facebook Comments