Rakyat Sabah Sangat Rindukan BN. Betul?

Oleh Peguam Muda Kampung

Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini menyaksikan pertandingan yang sangat sengit sehinggakan wujudnya pertandingan 11 penjuru di sebuah DUN (Dewan Undangan Negeri). Walaupun BN bukan merupakan kerajaan di Sabah di waktu ini, majoriti rakyat sangat merindui dan mahukan BN kembali memerintah semula negeri ini.

Ini dinyatakan oleh Ketua UMNO Sabah, Bung Moktar Radin berdasarkan pertemuan beliau dengan akar umbi daripada pelbagai latarbelakang dan keturunan.

Kerinduan terhadap pemerintahan BN ini kerana keadaan pertumbuhan ekonomi Sabah yang semakin merudum sejak akhir 2018 sehingga sekarang.

Ini menyebabkan kegiatan ekonomi tidak berkembang sebelum kedatangan COVID-19 dan tempoh selepas itu lagi memeritkan dan membebankan.

Ramai yang hilang pekerjaan manakala graduan baharu pula sukar mendapat kerja.

Untuk itu, Sabah memerlukan kerajaan negeri yang stabil dan selari dengan Kerajaan Pusat bagi memberi tumpuan kepada kemakmuran negeri itu.

Pertumbuhan Ekonomi Lembab

Kerajaan BN telah merancang yang sebaiknya untuk rakyat Sabah dan Sarawak melalui implementasi projek Lebuhraya Pan Borneo Namun selepas Negeri Sabah dipimpin oleh Parti Warisan pada tahun 2018 dan menangguh pelaksanaan projek terserbut terdapat kesan negatif kepada pembangunan ekonomi di seluruh negeri ini Kredit grafik Sinar Harian

Keadaan ekonomi semasa Sabah yang menggusarkan adalah antara sebab kenapa Kerajaan Warisan wajib ditolak oleh rakyat di negeri ini. Pertumbuhan Ekonomi yang lembab dengan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) di paras paling rendah iaitu 0.5% semasa di bawah pentadbiran Kerajaan Warisan sangat membimbangkan dan pastinya punya kesan buruk kepada seluruh rakyat jika negeri Sabah terus dipimpin oleh Warisan.

Penangguhan pelaksanaan projek Lebuhraya Pan Borneo selepas negeri ini dipimpin oleh Warisan pada tahun 2018 yang lalu jelas memberi kesan negatif kepada pembangunan ekonomi di seluruh negeri ini. Rakyat di negeri ini telah rugi lebih dua tahun daripada mengecapi nikmat pembangunan andai Lebuhraya Pan Borneo tidak ditangguhkan.

Dengan kehadiran majoriti muka baharu calon-calon BN ditambah semangat juang yang tinggi ditunjukkan oleh pasukan jentera BN, Insya-Allah kemenangan BN pada 26 haribulan September nanti bakal membela semula nasib rakyat Sabah terutama dari sudut ekonomi dan pembangunan infrastuktur yang telah tertangguh.

Kerosakan Oleh Kerajaan Warisan

Dalam pada itu, pemimpin-pemimpin BN Sabah perlu bersatu dan memikirkan usaha menjadi Sabah sebagai negeri yang termaju di Malaysia selepas kerosakan yang dilakukan oleh Kerajaan Warisan.

Apabila BN membentuk kerajaan negeri kelak, pemimpin BN tahu apa yang harus dilakukan dan perjuangan membela rakyat di sambung sepertimana Sabah di bawah BN sebelum ini.

Hari ini sudah bermula pengundian awal. Pemerhati politik menjangka pengundi daripada pasukan keselamatan akan memberi undi kepada BN kerana keceluparan mulut calon Warisan, Datuk Muhamaddin Ketapi yang menyifatkan pasukan keselamatan Malaysia melawan ayam dan anjing sahaja bukan musuh sebenar. Kenyataan ini amat biadab dan menghina anggota pasukan dan keluarga mangsa yang terkorban dalam insiden pencerobohan di Kg Tanduo pada 2013 yang meragut 10 nyawa.

Pastinya, rindu rakyat Sabah kepada BN akan diterjemahkan pada 26 September ini dengan memberi kemenangan kepada calon-calon BN yang bertanding. Semoga BN kembali memerintah dan rakyat Sabah kembali terbela. – New Malaysia Herald

Facebook Comments

Latest articles

Related articles