Adakah Kita Telah Belajar Dari Kesilapan Lalu, Atau Masih Lalai?

Oleh Saodah Ismail

Orang kata setiap yang berlaku itu, pasti ada pengajarannya. Ada hikmah yang tersurat dan tersirat di sebaliknya.

Begitulah juga apa yang berlaku di negara yang kita kasihi ini sejak dua tahun lalu. Dalam sekelip mata, semuanya bertukar 360 darjah dari kehidupan yang tenang jadi kelam kabut tanpa arah yang telah merubah seluruh corak dan lanskap kehidupan dari sebelumnya.

Malaysia yang aman dan  makmur, tiba tiba menjadi negara yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini. Semuanya gara gara ingin berubah, kalau tak suka nanti, boleh tukar balik. Sayangnya, ia tak semudah menukar baju kotor, tanggal dari badan, tukar dengan baju yang baru. Tidak! Tidak semudah itu!

Saya tidak pernah berminat untuk mengambil tahu hal politik kerana dunia saya adalah dunia hiburan. Sejak kecil, saya lebih cenderung pada lagu dan filem. Dan apabila saya memasuki dunia kewartawanan, saya lebih cenderung pada hal ehwal yang berligar sekitar industri hiburan. Politik tidak pernah menarik minat saya, tetapi cukup sekadar tahu dan kenal siapa pemimpin yang luhur dan siapa yang banyak berjasa pada rakyat dan negara.

Rata rata kita semua inginkan kehidupan yang tenang dalam sebuah negara yang aman dan makmur. Kita sebetulnya sudah cukup selesa walaupun tidak kaya raya, tidak memiliki harta karun yang tidak habis makan sampai tujuh keturunan. Kita sangat bersyukur dengan kehidupan yang serba sederhana, cukup makan pakai, ada kenderaan untuk bergerak ke sana sini dengan keluarga. Kita tidak kisah walau ada orang punya koleksi kereta mewah dan kapal layar mewah bagi  anak cucu berpesta sakan siang malam. Tidak, kita cukup bersyukur dengan segala kesederhanaan yang ada.

Sebenarnya kita ok selama ini sehinggalah ada tangan gatal yang mahukan perubahan, tergoda dik segala janji yang akhirnya hanya janji manis lidah tak bertulang. Nah! Barulah kita rasa apa erti susah. Barulah kita tahu menghargai  sebuah negara yang aman, makmur dan berperlembagaan. Tetapi, nasi sudah menjadi bubur. Perubahan yang kononnya diharapkan, tapi yang dapat adalah taik. Itu kata seorang insan seni dalam wassapnya pada saya. Seperti saya, dia juga tidak kisah tentang politik selama ini, tetapi apabila keadaan semakin parah sehingga “job” pun langsung tidak ada, dia mula jadi Facebook warrior, sekadar untuk melepaskan geram dan marah denga apa yang terjadi. Ya, kebanyakan kita hari ini sekadar dapat melepaskan marah melalui media sosial, kerana nasi sudah menjadi bubur.

Matang Dan Jujur

“Sedih dengan keadaan sekarang. Kita ni merangkak mencari sesuap nasi, sampai masa jadi macam ni…Hari hari buat solat hajat..mudah mudahan Allah tolong selamatkan negara kita … Umno juga yang terbaik,” tulis seorang selebriti dalam wassapnya. Manakala ramai yang memilih untuk meneruskan kerjaya dengan acar tersendiri, ada yang beralih ke dunia perniagaan, dari berlakon ke jual produk makanan, ada juga yang aktif di media sosial berjuang melalui FB masing-masing.

Ada yang menulis secara “direct” ada yang menggunakan bahasa kiasan dalam posting masing-masing untuk menyatakan pendirian. Namun, yang jelas, insan seni baik penyanyi, pelakon, pelawak mahupun penggiat industri juga sangat terkesan denga apa yang berlaku pada negara ini sejak dua tahun yang lalu. Secara tidak langsung, apa yang berlaku telah memberikan kesan yang sangat dalam pada semua, termasuk insan seni kita. Bahkan, ada yang tidak  lagi bersembunyi menyatakan pendirian dalam lawak jenaka mereka di kaca televisyen. Ia juga memberi makna, mereka sudah tidak kisah dan tidak takut jika lawak politik  mereka itu menimbulkan amarah pihak tertentu dan menyebabkan mereka digam oleh stesen-stesen televisyen.

Kerana itu saya cukup kagum dengan dua insan berjiwa besar ini, iaitu pendakwah terkenal Ustaz Ahmad Husam Baderudin dan sutradara terkenal, Murali Abdullah yang telah mengaku kesilapan dan terus berjumpa mantan Perdana Menteri kita, Najib Razak. Kerana Islam itu indah. Bila kita silap, mintaklah maaf. Dan siapalah kita jika dibandingkan dengan Ustaz Husam dan Murali Abdullah. Mereka telah masing-masing menyatakan kekesalan dalam media sosial, iaitu melalui FB. Mengakui kesalahan itu lebih baik dari terus melalui hari hari yang mendatang dengan rasa bersalah.

Murali ketika menemui Najib untuk meminta maaf sambil menyatakan dia telah diperbodohkan oleh PH Gambar ihsan mukabuku Najib Razak

Buat saya, ini, berlaku jujur dan mengakui kesilapan itu adalah satu perkembangan yang sihat. Sihat kerana kita berani menyatakan pendirian. Sihat kerana kita tidak mudah dikotak katikkan. Dan sihat kerana para penggiat seni kita berlaku jujur kerana kejujuran itu yang menjadikan mereka seniman tulen. Buat saya, penggiat seni kita sudah matang dalam membuat penilaian dan ini berlaku pada saat ini. Artis kita tidak lagi pasif tapi mereka juga tergolong dalam kategori pejuang demi agama, bangsa dan tanahair yang mereka cinta.

Kerana itu dalam banyak Pilihan Raya Kecil (PRK) yang lalu, kita melihat pembabitan karyawan seni, pelakon dan penyanyi juga pelawak menyertai kempen-kempen, terutama dalam kempen UMNO dan BN. Mereka tidak takut ke hadapan, tidak timbul soal kena “ban” kerana yang lebih penting adalah perjuangan untuk agama, bangsa dan negara. Ini tahap kematangan yang terpancar dalam diri penggiat seni kita yang berani, tidak takut untuk bersuara menegakkan kebenaran, baik artis lelaki mahupun wanita.

Sepertimana yang saya sebutkan awal tadi, setiap kejadian pasti ada hikmahnya. Setiap kejadian yang buruk itu pasti ada pengajarannya. Memang banyak hikmah di sebalik musibah yang berlaku. Ramai yang bukan sahaja sudah merasa tertipu bahkan telah meminta maaf dengan Bossku Najib Razak kerana terpedaya dengan pelbagai tohmahan yang dilemparkan pihak lawan.

Ramai juga yang telah menyesal dan mahu memastikan negara kembali pada pimpinan yang benar seperti dulu. Sebab itu saya katakan, banyak hikmah dari musibah ini sehingga akhirnya kita dapat melihat satu persatu wajah sebenar setiap pemimpin – selembar demi selembar Allah  bukakan topeng mereka sehingga terpancar yang tulen – sama ada yang bersifat jujur atau munafik.

Syabas dan tahniah kepada semua individu yang berani mengakui kesilapan kerana terpedaya dengan mereka yang kaki kencing ini,  saya petik kata kata dari penulis buku Di Bawah Lindungan Kaabah, Buya Hamka ini :

“Berani menegakkan keadilan walaupun mengenai diri sendiri adalah puncak segala keberanian.” – Buya hamka

Dan Sabtu ini, orang  Sabah juga akan memilih. Moga apa yang telah berlaku dalam tempoh dua tahun ini dapat membuka mata dan telinga rakan rakan kita di Sabah. Dan diharapkan orang Sabah tidak silap dalam membuat pilihan.

Radu tatap Radu…

Mengenai penulis Saodah Ismail adalah bekas pengarang hiburan penulis kanan stesen Astro TV bekas koresponden dan kolumnis Berita Harian Singapura Penulis buku dan banyak lagi cerita nak dikongsi melalui coretan beliau

Facebook Comments

Latest articles

Related articles